Thursday, Feb 21st

Kemaskini terakhir: 05:49:59 AM GMT

Anda Di Sini: Terkini

Terkini

Kenyataan Media sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Perak merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6 Mei 2015 bersamaan 17 Rejab 1436H.

IKRAM Perak juga melahirkan rasa gembira kerana Negeri Perak dianugerahkan seorang Raja Pemerintah yang mempunyai kebijaksanaan dan keilmuan yang tinggi. Keperibadian yang ada pada Paduka Seri Sultan Nazrin selaras dengan ciri-ciri Raja Pemerintah seperti akrab dengan ulama, tidak bermegah, mengambil berat kebajikan rakyat, memenuhi hajat dan bermuafakat.

IKRAM Perak menyambut baik titah Paduka Seri Sultan Nazrin pada istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV di Balairung Seri, Istana Iskandariah. “Raja pemerintah adalah payung kedaulatan negara dan baginda wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama”. Titah Baginda lagi “Takhta pemerintahan berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan dan instrumen kesatuan dalam kepelbagaian.”

Titah Paduka Seri Sultan Nazrin selaras dengan hasrat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang komited untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni di Malaysia, berdasarkan 'Negara Rahmah' yang didukung oleh prinsip-prinsip Syariah.
Dalam usaha mencapai objektif ini, IKRAM komited untuk menentang segala bentuk sikap tidak bertoleransi, ketaksuban, kebencian dan provokasi, sama ada dalam bentuk kaum atau agama, daripada meresapi masyarakat.
IKRAM juga menentang segala bentuk keganasan, ekstremisme dan ucapan bernada kebencian. Pada masa yang sama, IKRAM telah terlibat dalam pergerakan masyarakat madani bertujuan untuk memanfaatkan jalinan sosial, menentang segala bentuk diskriminasi, eksploitasi, ketidakadilan dan melindungi negara daripada serangan elemen pelampau.

IKRAM Perak berharap agar Paduka Seri Sultan Nazrin terus menjadi Raja Pemerintah Negeri Perak yang menjaga kedaulatan Negeri dan Agama Islam. Moga Allah merahmati dan memberkati.

Hj Yahanis Bin Yahya ACM, AMP
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak
6 Mei 2015
17 Rejab 1436H
36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah, 31350 Ipoh, Perak
No tel: 012 5190153

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

IKRAM Malaysia Negeri Perak

Rating Pengguna: / 9
Kurang BaikTerbaik 
IKRAM Negeri Perak

logoIKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak(IKRAM Perak) adalah satu dari 14 cawangan negeri Pertubuhan IKRAM Malaysia seluruh negara. IKRAM adalah pertubuhan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.

 IKRAM telah dilancarkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

 

IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.  

Daerah-Daerah IKRAM PERAK adalah:

  • Ipoh
  • Kuala Kangsar
  • Taiping
  • Manjung
  • Teluk Intan
  • Batang Padang
  • Perak Tengah
  • Hulu Perak

Untuk mencapai matlamat IKRAM, beberapa jawatankuasa telah dibentuk di bawah IKRAM Perak, iaitu:

  • Tanzim
  • Tarbiah
  • Dakwah
  • Wanita
  • Ummah & Masyarakat
  • Belia, Remaja & Mahasiswa
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Antarabangsa
  • Media
  • Aqsa Syarif Berhad

 

 
Baca Lagi...

Misi Membantu Rakyat Palestine

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Kuala Kangsar & Gerik akan menganjurkan Program Misi Membantu Keluarga Miskin dan Anak Yatim Palestine di Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak pada 17 Feb. 2011 bermula pukul 7:30malam. Ceramah akan disampaikan oleh Professor Madya Dr Mohd Roslan Hashim,Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa, IKRAM Pulau Pinang. Majlis penyampaian sumbangan oleh wakil-wakil institusi pendidikan, kerajaan dan swasta akan turut diadakan disamping pembelian sambil menderma cenderahati-cenderahati Palestine.

Baca Lagi...

Muslimat Bersama Dakwah Rasulullah

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada Allah." -(Al-An'aam 162-163).

Rasulullah S.A.W. menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda baginda: “… seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga melihat penduduk bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” -(HR. Bukhari dari Anas bin Malik ra.

Muslimat teraju dakwah

Muslimat teraju dakwah

Muslimat teraju dakwah

Perak Tengah

Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.

Cetak PDF
Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Para pemua semasapelancaran IKRAM Malaysia pada 20 Jun

IKRAM Malaysia Negeri Perak (IKRAM Perak) adalah satu dari 14 cawangan negeri Pertubuhan IKRAM Malaysia seluruh negara. IKRAM adalah pertubuhan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad.

   IKRAM telah dilancarkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.

Daerah-Daerah IKRAM PERAK adalah:

  • Ipoh
  • Kuala Kangsar
  • Taiping
  • Manjung
  • Teluk Intan
  • Batang Padang
  • Perak Tengah
  • Hulu Perak

Untuk mencapai matlamat IKRAM, beberapa jawatankuasa telah dibentuk di bawah IKRAM Perak, iaitu:

  • Tanzim
  • Tarbiah
  • Dakwah
  • Wanita
  • Ummah & Masyarakat
  • Belia, Remaja & Mahasiswa
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Antarabangsa
  • Media
  • Aqsa Syarif Berhad

Muka 1 dari 2

Statistics

OS : Linux k
PHP : 5.6.40
MySQL : 5.7.25
Masa : 14:30
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Ahli : 26
Kandungan : 25
Hit paparan Kandungan : 138995

Maklumbalas Pelawat

Maklumat apa yang anda inginkan & hargai?








Keputusan

Archive