Thursday, Feb 21st

Kemaskini terakhir: 05:49:59 AM GMT

Anda Di Sini: Terkini Makluman Kenyataan Media sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35

Kenyataan Media sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Perak merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6 Mei 2015 bersamaan 17 Rejab 1436H.

IKRAM Perak juga melahirkan rasa gembira kerana Negeri Perak dianugerahkan seorang Raja Pemerintah yang mempunyai kebijaksanaan dan keilmuan yang tinggi. Keperibadian yang ada pada Paduka Seri Sultan Nazrin selaras dengan ciri-ciri Raja Pemerintah seperti akrab dengan ulama, tidak bermegah, mengambil berat kebajikan rakyat, memenuhi hajat dan bermuafakat.

IKRAM Perak menyambut baik titah Paduka Seri Sultan Nazrin pada istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV di Balairung Seri, Istana Iskandariah. “Raja pemerintah adalah payung kedaulatan negara dan baginda wajib memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama”. Titah Baginda lagi “Takhta pemerintahan berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan dan instrumen kesatuan dalam kepelbagaian.”

Titah Paduka Seri Sultan Nazrin selaras dengan hasrat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang komited untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni di Malaysia, berdasarkan 'Negara Rahmah' yang didukung oleh prinsip-prinsip Syariah.
Dalam usaha mencapai objektif ini, IKRAM komited untuk menentang segala bentuk sikap tidak bertoleransi, ketaksuban, kebencian dan provokasi, sama ada dalam bentuk kaum atau agama, daripada meresapi masyarakat.
IKRAM juga menentang segala bentuk keganasan, ekstremisme dan ucapan bernada kebencian. Pada masa yang sama, IKRAM telah terlibat dalam pergerakan masyarakat madani bertujuan untuk memanfaatkan jalinan sosial, menentang segala bentuk diskriminasi, eksploitasi, ketidakadilan dan melindungi negara daripada serangan elemen pelampau.

IKRAM Perak berharap agar Paduka Seri Sultan Nazrin terus menjadi Raja Pemerintah Negeri Perak yang menjaga kedaulatan Negeri dan Agama Islam. Moga Allah merahmati dan memberkati.

Hj Yahanis Bin Yahya ACM, AMP
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak
6 Mei 2015
17 Rejab 1436H
36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah, 31350 Ipoh, Perak
No tel: 012 5190153

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Statistics

OS : Linux k
PHP : 5.6.40
MySQL : 5.7.25
Masa : 14:27
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Ahli : 26
Kandungan : 25
Hit paparan Kandungan : 138993

Maklumbalas Pelawat

Maklumat apa yang anda inginkan & hargai?








Keputusan

Archive