|
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak(IKRAM Perak) adalah satu dari 14 cawangan negeri Pertubuhan IKRAM Malaysia seluruh negara. IKRAM adalah pertubuhan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia. Dasar IKRAM ialah ISLAM dan asas pegangannya ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Ijtihad. IKRAM telah dilancarkan pada 8 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.
|
IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang baru ditubuhkan Februari 2010 menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM. Daerah-Daerah IKRAM PERAK adalah:
Untuk mencapai matlamat IKRAM, beberapa jawatankuasa telah dibentuk di bawah IKRAM Perak, iaitu:
|